How bad is the economy downturn? Aku tak tau teruk macam mana sebab aku baru terlintas nak ambil tahu. 2 minggu lepas aku nak beli katil dan berjumpa dengan sorang ejen perabot. Borak-borak sikit dan die beritahu dahulunya dia seorang ejen hartanah tapi di sebabkan kejatuhan ekonomi die terpaksa berhenti. Tak boleh nak carik makan dah. Kesian dia, dan untuk menambahkan derita dia aku kensel beli katil darinya sebab stok katil yang aku nak dah habis.
Aku terbaca satu artikel tadi dan aku sangat menyampah dengan isinya. Klik SINI untuk membaca. Website tu ok cuma apa yang di sampaikan dalam artikel tu membuat aku loya dengan sikap, pandangan serta daya pemikiran segelintir rakyat Malaysia.
Quote sket:
"Forty per cent of respondents also said they were "very dissatisfied"
with the government's performance on licking inflation and curbing
price hikes, while 41 per cent were 'very dissatisfied' with its
performance over the economy in general."
Kenapa masih nak blame gomen bila kehidupan kita makin hari makin sempit? Harga barang naik salahkan gomen. Kalau dah tahu harga barang naik pulaukan aja that particular premise/product or whatsoever yang berkaitan. Di sekolah kita di ajar kaitan antara supply + demand. Use that known rule to encounter those greedy people. Aku ada part time business dan aku boleh paham apa yang di rasai oleh orang yang ada business kalau barang tak jalan. Pernah terfikir kenapa kedai mamak naikkan harga roti canai sampai RM 1.00 selepas harga minyak naik walaupun operating kos mereka tak efek banyak mana? One of the reason is that they need to mantain certain profit margin to ensure that they can still enjoy their greedy lifestyle. It's a nature of capitalism. Kita tak mati kalau tak makan roti canai kedai mamak sebab kita ada roti buku cap ayam yang harganya RM 0.90 sahaja. Cukup untuk buat sarapan pagi 2 hari berturut.
Kenapa bila harga minyak naik masih nak salahkan gomen? Dah berapa tahun kita isi minyak subsidi dan bila kerajaan hapuskan subsidi minyak kita memekak macam budak kecik lepas kena tampar? Tak salah rasanya kalau kita cut down travel expenses sikit kat entertainment trip, romen trip, dating trip, skodeng trip on so on. Tak pernah ada orang mati kalau tak dapat pergi karok, romen, dating, skodeng and so on. Aku rasa kerajaan patut naikkan lagi harga minyak sampai RM 5.00 seliter. Biar semua pemandu kereta dan penunggang motor bawak dengan speed 60km/j aja. Kenderaan pon akan kurang kat jalan sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
Kenapa bila takde keje dan menganggur salahkan gomen? Tahu berapa jumlah pekerja asing di dalam negara kita? Statistik Imigresen menunjukkan kita ada lebih dari 2 juta pekerja asing + setengah juta pendatang tanpa izin dan statistik dari EPU menunjukkan jumlah penggangur di Malaysia tak sampai pon setengah juta. Siapa yang salah? Pak Lah? Che Det? Tokey kilang beras kat Kedah sana sebab tak advertise kerja kosong? Ke korang malu nak kerja kat kilang beras tuh dan lepas tu salahkan kerajaan sebab tak dapat keje dalam opis ada aircond? Negara kita sebenarnya tak cukup labor force. Kalau kita halau semua pendatang tanpa izin tu pun kita masih lagi kekurangan buruh. Dalam bab ni tak perlu lah nak salahkan kerajaan. Dalam kes kekurangan labor force kerajaan dah buat apa yang perlu. Salah dieorg cuma 2 ajer - tak halau pendatang haram dan tak paksa korang yang memilih sangat kerja untuk kerja. More info at http://www.epu.jpm.my/.
Aku sedia maklum kestabilan politik memberi kesan pada ekonomi negara tapi siapa yang salah? Pak Lah memang salah, Tuan Guru pun salah, Lim Guan Eng pon salah tapi salah meraka bertiga tak cukup sebenarnya untuk beri kesan yang kuat pada ekonomi. Pada aku rakyat Malaysia sendiri yang salah sebab suka sangat bercerita pasal politik, ikut suka bapak dia aja menentukan syurga dan neraka di atas kertas undi tapi baca Al-Fatihah pon bersepah. Padan lah dengan muka korang.
Kita masih beruntung sebab kerajaan masih lagi berfungsi walaupun tak sempurna. Lihat 2-3 kerajaan di benua Afrika yang sibuk berperang tapi rakyat negaranya ramai yang mati kelaparan. Tak perlu lah nak bangkitkan pada aku isu keselamatan dalam negara kita yang memang dah tak selamat. Prevention is the best. Takut nak pergi bank, pergi ramai-ramai. Takut nak keluar rumah, takyah keluar. Takut rumah kena rompak, bela aja 2-3 ekor anjing. Islam tak mengharamkan kita membela anjing atas tujuan keselamatan. Jangan lah bela rottweiler nanti dia makan budak pulak, K9 cukup.
Malas nak merepek lagi. Aku sebenarnya nak ajak korang beli barangan cap ayam. Dalam keadaam ekonomi camni no point beli barang branded sebab kita cuma bayar lebih untuk nama aja. Tak perlu nak memilih sangat. Amek contoh barang komputer cukup la. Banyak brand dari korea/jepun/taiwan cukup untuk naikkan darah aku. Luar letak brand Sony la, Samsung la, Asus la, sekali bukak tengok main component dari Chi Mei yang kilangnya kat mainland China sana. Jual la murah sikit kalau main componentnya pon murah. Super bongok la kampeni korea/jepun/taiwan. Dia ingat end user ni bodo ke apa. Dalam PC aku cuma ada 2 komponen cap korea/jepun/taiwan, PSU dgn motherboard, yg lelain manufacturernya rooting dari negara barat. Harga pun lagi murah sebab dieorg sedar diri yang komponennya di buat di China dan aku pon tak naik darah. Bye bye.








