Kenapa ada orang gantung pen drive kat leher ha? Tak rasa bodoh ke? Kalau gantung henset aku bule terima sebab henset bnyk fungsi, orang pon paham yang ko tu bertamadun tapi pen drive? Apa dieorg ingat high tech sangat ka gantung pen drive 160 gig kat leher? Aku tak menyampah tapi aku rasa nak terajang on the spot. Dieorg tak tahu ke charger tepon atau pun periuk nasik elektrik lagi maju dan lebih kompleks berbanding pen drive? Aku ada ramai member yang sememangnya high tech tapi bile aku datang opis dieorg takder la pula dieorg gantung pen drive kat leher (tapi aku ada sorang member kaki gajet, penuh 1 beg dengan gajet die usung ke hulu ke hilir tapi bila tanya pasal function hampas).

By the way tuan-tuan dan puan-puan sekalian jangan risau. Arini aku akan bagi contoh 2-3 komponen komputer yang boleh di gantung di memana bahagian badan buat pengganti pen drive untuk menunjukkan betapa high technya si pemakai. This new high tech style adalah untuk mereka-mereka yang suka sangat menggantung pen drive di leher. Gantikan pen drive korang dengan benda yang aku akan list down di bawah. Sedarlah sikit, ada bende yang lagi maju berbanding pen drive 160 Gig korang.
Sila rujuk gambar di bawah, benda pertama yang buleh di gantung di badan adalah mouse (tetikus) korang sendiri. Mouse memang sangat lawa bila di gantung di bahagian pinggang. Tak perlu carik mouse yang memahal, cukup sekadar mouse lip-lap bodo dari Samsung. Orang yang menggantung mouse di pinggang juga secara tak sedar akan memberitahu orang-orang di sekeliling bahawa die sebenarnya lebih banyak memegang mouse daripada kibod semasa bekerja.

Benda kedua yang buleh di buat ialah menggantung kibod di belakang. Gantung kibod rosak pon takpe, orang lain bukan tahu. Warrior dedulu gantung pedang/parang kat belakang tapi zaman tu dah lama berlalu. Sekarang, stail gantung kibod di belakang amat sesuai untuk new age warrior. Bersesuaian untuk mereka yang sangat komited dalam memperjuangkan nilai-nilai murni high tech seperti memformat PC seminggu sekali, check new version of wordpress 3 kali dalam 1 hari tapi websitenya tak pernah pun W3 validate, orang yang suka (berusaha) sangat run PC games dalam linux, download lagu yang sama 13 kali sehari, kaki-kaki gajet dan juga pemilik kereta yang tampal stiker www.letakapekorangsukekatsini.com kat kete dieorg.
Girls, kalau nak lebih feminin korang bule carik kibod warna pink untuk di gantung di belakang. Sila survey kedai komputer yang berdekatan untuk mendapatkan kibod pink.

Benda ketiga yang boleh di gantung adalah RAM. Dalam bebanyak, RAM paling ringan dan mudah di gantung sebab kecil, tambahan pula hampir semua RAM stick ada lubang. Para veteran boleh gantung RAM jenis EDO atau PF sementara yang muda-muda boleh gantung DDR/DDR2. Paling macho sekali gantung Corsair Dominator, Team Extreem, Gskill atau Kingston HyperX (Dominator paling lawa sebab ada sirip cam kapal selam).

Lastly, korang bule gantung grapik kad kat pinggang. Tak kisah aper cap sekalipun tapi perlu di ingat grapik kad yang mana di ujung namanya pengandungi perkataan Ultra, XTX, GTX, OC Version atau Gamer Edition akan lebih menyerlahkan lagi ketrampilan si pemakai (gamer edition paling afdal). Stail ini sangat sesuai untuk PC gamers tanpa mengira samada mereka pandai bermain game atau tidak, asalkan mereka mengaku gamer sudah cukup. Untuk kaki-kaki game konsol jangan risau, korang buleh direk gantung konsol korang kat pinggang. Bayangkan betapa riaknya si pemakai apabila berjalan di tengah bandar sambil menggantung PS3, Wii atau XBox 360 di pinggang.

Ada banyak lagi komponen PC yang boleh di gantung ikut sedap korang seperti power supply unit, processor, hard disk, optical drive, LCD skrin 28 inci (gantung di belakang atau di depan secara vertikal), speaker (5.1 speaker system lagi mantap, nampak canggih). Go figure apa stail korang nak. Chow.

